Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Suspek Kes Bunuh Ambank Direman Seminggu


PETALING JAYA – Suspek kes rompakan dan pembunuhan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.

Suspek atau dikenali sebagai Ardi akan direman selama seminggu bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh  Majistret  Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Biarpun polis boleh menahannya selama 24 jam sebelum dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyan 117 Kanun Prosedur Jenayah tetapi pihak polis tidak membuang masa segera mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi memulakan siasatan.

Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu tiba dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersenjata selepas tiba dari Kota Tinggi iaitu lokasi penahanannya.

Dalam gambar oleh Berita Harian Online, suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar jeans dilihat dalam keadaan takut selepas cubaan dia untuk melarikan diri gagal.

Pihak polis bergerak hampir tiga minggu dalam operasi memburu Ardi selepas dia melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 daripada bank berkenaan.

Sebelum itu Ardi telah menembak mati Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Noarizta Abu Talib di kepala menggunakan senjata jenis pump-gun menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
Penahanan dilakukan Pasukan Ops Cantas dari Bukit Aman.
Read More..

Suspek Bakar Muka Kekasihnya Diburu Polis…SILA SHARE!

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR

Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa, Nurul Firzanah yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Sumber:MyNEWShub


Read More..