Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kes. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Maret 2014
Statistik Kes Penipuan Laman Web E Dagang Jual Beli Online
Statistik kes penipuan laman web E-Dagang atau laman jual beli online. Jadual dibawah menunjukkan statistik kes penipuan yang telah direkodkan terutamanya melibatkan pembelian secara online dari Januari sehingga Jun 2013. Laman web Mudah.my dan Facebook.com merupakan laman paling berisiko tinggi untuk membuat pembelian secara online dimana masing-masing mencatatkan 542 dan 211 kes terkumpul sepanjang tempoh berkenaan. Laman E-dagang seperti E-bay, Lowyat dan Lelong dilaporkan lebih selamat setelah mencatat kurang daripada 5 kes penipuan sepanjang tempoh tersebut.
Laman Mudah.my dan Facebook khususnya mencatatkan bilangan pengguna paling ramai atau tertinggi di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kedua-dua platform tersebut menjadi pilihan utama kepada scammer untuk meluaskan sayap mereka.Untuk mengelakkan sebarang penipuan atau scam, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan khidmat “Cash On Delivery (COD)” apabila berurusan dengan pembelian yang mahal.
sumber
Rabu, 01 Januari 2014
Suspek Kes Bunuh Ambank Direman Seminggu

PETALING JAYA – Suspek kes rompakan dan pembunuhan di Ambank USJ Sentral, Subang Jaya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, Johor awal pagi tadi.
Suspek atau dikenali sebagai Ardi akan direman selama seminggu bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.
Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
Biarpun polis boleh menahannya selama 24 jam sebelum dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyan 117 Kanun Prosedur Jenayah tetapi pihak polis tidak membuang masa segera mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya bagi memulakan siasatan.
Suspek yang dikenali sebagai Ardi itu tiba dengan kawalan ketat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersenjata selepas tiba dari Kota Tinggi iaitu lokasi penahanannya.
Dalam gambar oleh Berita Harian Online, suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan berseluar jeans dilihat dalam keadaan takut selepas cubaan dia untuk melarikan diri gagal.
Pihak polis bergerak hampir tiga minggu dalam operasi memburu Ardi selepas dia melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 daripada bank berkenaan.
Sebelum itu Ardi telah menembak mati Pegawai Operasi Ambank Allahyarham Noarizta Abu Talib di kepala menggunakan senjata jenis pump-gun menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
Penahanan dilakukan Pasukan Ops Cantas dari Bukit Aman.
Langganan:
Postingan (Atom)