Tampilkan postingan dengan label najib. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014
Najib nafi dakwaan campurtangan dalam pemilihan Umno
Malaysiakini Okt 20 2013
|
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memberi peluang kepada saf kepimpinan tertinggi Umno yang baru untuk membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara.
Presiden Umno itu berkata kepimpinan Umno tidak semestinya diganti dengan yang baru kerana apa yang penting ialah kemampuan pasukan itu untuk melaksanakan agenda untuk negara.
"Proses transformasi telah dimulakan dengan Pindaan Perlembagaan, transformasi juga bererti bahawa kita ada agenda transformasi untuk negara. Soal utamanya ialah sama ada pasukan yang telah dipilih oleh akar umbi mampu untuk melaksanakan agenda transformasi negara.
"Jawapannya, mereka komited dan saya percaya pasukan ini mampu menterjemahkan agenda transformasi iaitu ke arah sebuah negara maju. Saya percaya, Insya-Allah kita mampu melakukan perkara itu," katanya dalam sidang media di Palm Garden Golf Club di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada pemilihan semalam, seramai 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem Electoral College bagi memilih tiga naib presiden baru.
Mengikut sistem itu, setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.
Soal gandingan pemimpin lama dan baharu, Najib berkata sebagai presiden parti beliau mempunyai kuasa untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan sebahagian daripada mereka yang akan dilantik nanti akan mencerminkan apa yang dikehendaki oleh rakyat dan anggota parti.
Ditanya sama ada barisan baru merupakan calon dikehendaki rakyat, Perdana Menteri berkata : "Mereka dipilih oleh parti, jadi dipilih oleh 150,000 orang, kita perlu hormati pilihan itu, ia bukan dipilih oleh 2,500 orang seperti sebelum ini tetapi 150,000 orang yang telah memilih barisan baharu ini.
"Tapi kami akan mantapkan barisan dari segi saya mempunyai pilihan untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan diharapkan ia akan mencerminkan pasukan yang kuat bila tiba masanya," katanya.
Mengenai kurang calon wanita dalam Majlis Tertinggi, beliau menjelaskan keputusan pastinya tidak akan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak dan Perlembagaan parti memberi kuasa kepada presiden untuk melantik anggota tambahan.
"Saya akan bincang dengan timbalan (presiden) nanti supaya dapat lihat cara bagaimana untuk mengukuhkan parti melalui pelantikan tambahan," katanya.
Mengenai dakwaan campur tangan beliau dalam keputusan pemilihan Umno, Najib menafikannya sambil menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.
Mengulas mengenai proses pemilihan Umno, Najib menganggap proses itu telah berjaya apabila anggota Umno secara menyeluruh menunjukkan sifat yang begitu matang dan ia berlangsung dalam suasana terkawal.
"Ia juga menunjukkan mereka (para perwakilan) telah melaksanakan tangungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.
Sambil mengucap tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan parti itu, Najib berkata beliau percaya kesemua pemimpin sama ada naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi dapat membantu beliau dan Muhyiddin melunaskan tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan yang mantap.
"Maka kita, sepatutnya menerima pemimpin-pemimpin ini sebagai pilihan ahli parti di peringkat akar umbi dan kita mesti menunjukkan bahawa kita mampu, pertama memenuhi amanah dan tanggunghjawab yang telah diletakkan di atas bahu kami semua sebagai pemimpin.
"Kedua, mengingatkan bahawa Umno adalah sebuah parti untuk rakyat bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi untuk rakyat keseluruhannya dan beriltizam untuk menjayakan agenda induk kita iaitu bukan sahaja mengukuhkan Umno sebagai sebuah parti politik bagi menjayakan matlamat perjuangan Umno tetapi agenda nasional juga iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya.
Najib juga berkata kepada mereka yang tidak berjaya, beliau berharap mereka akan meneruskan perjuangan manakala yang berjaya hulurlah tangan persahabatan kepada semua.
"Saya harap tidak ada istilah kalah menang tetapi hakikatnya meneruskan perjuangan kita mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
-Bernama

Senin, 30 Desember 2013
Malaysia Tidak Kenakan Kawalan Modal Najib

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mengenakan kawalan modal buat masa ini, dan akan menggunakan instrumen kewangan lain yang sedia ada bagi menangani sebarang turun naik dalam ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan melaksanakan kawalan modal, sebagai langkah terakhir.
Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berbanding negara lain di rantau ini berikutan kedudukan rizabnya yang kukuh, selain tabungan tinggi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, katanya pada rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.
Rakaman 30 minit itu dihoskan oleh peneraju terkemuka CNBC Martin Soong.
“Kemungkinan untuk melalui krisis adalah minimum. Walaupun wang kita mengalir keluar, rizab kita masih mencukupi berbanding apa yang kita miliki semasa krisis kewangan pada 1997,” kata Perdana Menteri.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata rizab semasa negara sebanyak US$130 bilion berbanding kurang daripada US$30 bilion pada 1997.
Malaysia mengenakan kawalan modal pada September 1998 semasa krisis mata wang serantau dalam usaha menyekat serangan spekulatif ke atas ringgit oleh pengurus lindung nilai yang tidak berprinsip, selain bagi menstabilkan ekonomi.
Kawalan modal termasuk menambat ringgit pada 3.80 kepada dolar, ditarik balik pada Julai 2005.
Sebelum berlaku krisis pada Julai 1997, ringgit didagangkan pada RM2.42 berbanding dolar US, namun selepas itu, mata wang tempatan itu susut selepas mata wang serantau yang bermula Baht Thai dan Rupiah Indonesia, diserang oleh spekulator.
Najib berkata: “Kebanyakan hutang negara kini di peringkat domestik, terutama untuk jangka panjang. Kita berada pada kedudukan yang kukuh, dan kemungkinan untuk menghadapi krisis adalah sangat minimum.”
Ditanya oleh Soong sama ada Malaysia akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berikutan kemungkinan negara yang memeterainya perlu menghapuskan hak negara ke atas dasar mata wang bebas serta melaksanakan dan mengenakan kawalan modal apabila perlu, kecuali ada perundingan antara negara anggota, Najib berkata:
“Kami mahukan TPP, namun ia perlu memihak kepada terma-terma kerajaan, dan ini masih dibincangkan.”
Beliau berkata ada terma yang melepasi pertimbangan perdagangan dan pelaburan yang mempersoalkan hak kedaulatan dan perusahaan milik negara.
“Oleh itu, kami akan melalui rundingan yang sangat sukar, namun pada asasnya mereka mendengar.”
“Pokoknya kami tidak akan melepaskan kepentingan negara untuk TPP, namun kami mahukan TPP, kami menganggapnya baik, dengan syarat termanya munasabah,” kata Najib.- BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)