Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014
Mayat bayi dalam periuk
Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "May 26, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 26 Mei 2012

Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui
dalam sebuah periuk.
Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.
Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.
"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.
“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, jenayah Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui dalam sebuah periuk. isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.
Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.
"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.
Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.
"Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak bertinjauan.
"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya
Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.
“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.
“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.
“Menurut bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian
kerana berada di sekolah.
Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.
Selasa, 11 Maret 2014
Akhbar Cina Lebih Jujur Dalam Laporan Himpunan Hijau

Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem.
Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu.
Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India.
Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum.
Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya!

Minggu, 09 Maret 2014
Nora Danish Respon Isu Menunjuk Dalam Solat
Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk.Seperti yang dijangka, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora:-
Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.
Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya
Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik.Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.
Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu? sumber
Kamis, 06 Februari 2014
Najib nafi dakwaan campurtangan dalam pemilihan Umno
Malaysiakini Okt 20 2013
|
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memberi peluang kepada saf kepimpinan tertinggi Umno yang baru untuk membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara.
Presiden Umno itu berkata kepimpinan Umno tidak semestinya diganti dengan yang baru kerana apa yang penting ialah kemampuan pasukan itu untuk melaksanakan agenda untuk negara.
"Proses transformasi telah dimulakan dengan Pindaan Perlembagaan, transformasi juga bererti bahawa kita ada agenda transformasi untuk negara. Soal utamanya ialah sama ada pasukan yang telah dipilih oleh akar umbi mampu untuk melaksanakan agenda transformasi negara.
"Jawapannya, mereka komited dan saya percaya pasukan ini mampu menterjemahkan agenda transformasi iaitu ke arah sebuah negara maju. Saya percaya, Insya-Allah kita mampu melakukan perkara itu," katanya dalam sidang media di Palm Garden Golf Club di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada pemilihan semalam, seramai 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem Electoral College bagi memilih tiga naib presiden baru.
Mengikut sistem itu, setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.
Soal gandingan pemimpin lama dan baharu, Najib berkata sebagai presiden parti beliau mempunyai kuasa untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan sebahagian daripada mereka yang akan dilantik nanti akan mencerminkan apa yang dikehendaki oleh rakyat dan anggota parti.
Ditanya sama ada barisan baru merupakan calon dikehendaki rakyat, Perdana Menteri berkata : "Mereka dipilih oleh parti, jadi dipilih oleh 150,000 orang, kita perlu hormati pilihan itu, ia bukan dipilih oleh 2,500 orang seperti sebelum ini tetapi 150,000 orang yang telah memilih barisan baharu ini.
"Tapi kami akan mantapkan barisan dari segi saya mempunyai pilihan untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan diharapkan ia akan mencerminkan pasukan yang kuat bila tiba masanya," katanya.
Mengenai kurang calon wanita dalam Majlis Tertinggi, beliau menjelaskan keputusan pastinya tidak akan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak dan Perlembagaan parti memberi kuasa kepada presiden untuk melantik anggota tambahan.
"Saya akan bincang dengan timbalan (presiden) nanti supaya dapat lihat cara bagaimana untuk mengukuhkan parti melalui pelantikan tambahan," katanya.
Mengenai dakwaan campur tangan beliau dalam keputusan pemilihan Umno, Najib menafikannya sambil menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
"Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan," tegasnya.
Mengulas mengenai proses pemilihan Umno, Najib menganggap proses itu telah berjaya apabila anggota Umno secara menyeluruh menunjukkan sifat yang begitu matang dan ia berlangsung dalam suasana terkawal.
"Ia juga menunjukkan mereka (para perwakilan) telah melaksanakan tangungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.
Sambil mengucap tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan parti itu, Najib berkata beliau percaya kesemua pemimpin sama ada naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi dapat membantu beliau dan Muhyiddin melunaskan tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan yang mantap.
"Maka kita, sepatutnya menerima pemimpin-pemimpin ini sebagai pilihan ahli parti di peringkat akar umbi dan kita mesti menunjukkan bahawa kita mampu, pertama memenuhi amanah dan tanggunghjawab yang telah diletakkan di atas bahu kami semua sebagai pemimpin.
"Kedua, mengingatkan bahawa Umno adalah sebuah parti untuk rakyat bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi untuk rakyat keseluruhannya dan beriltizam untuk menjayakan agenda induk kita iaitu bukan sahaja mengukuhkan Umno sebagai sebuah parti politik bagi menjayakan matlamat perjuangan Umno tetapi agenda nasional juga iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya.
Najib juga berkata kepada mereka yang tidak berjaya, beliau berharap mereka akan meneruskan perjuangan manakala yang berjaya hulurlah tangan persahabatan kepada semua.
"Saya harap tidak ada istilah kalah menang tetapi hakikatnya meneruskan perjuangan kita mengikut kemampuan masing-masing," katanya.
-Bernama

Langganan:
Postingan (Atom)