Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Kamis, 06 Maret 2014
Lelaki Bunuh Isteri Anak Anak Di Sibu
SIBU – Penduduk Sibu digemparkan dengan kes bunuh apabila seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya disyaki menggunakan gas beracun di kediaman mereka di Lorong 1B, Pulau Li Hua, semalam.
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap polis di Bintulu, malam tadi.
Anak lelaki sulung suspek, Tiang Soon Thai, 17, yang terselamat dalam kejadian itu dipercayai ada terhidu bau gas beracun ketika terjaga pada kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, gas beracun disalurkan ke dalam bilik menggunakan dua paip yang disambungkan kepada silinder gas yang diletakkan di luar rumah.
Soon Thai terjaga buat kali kedua pada jam 10 pagi ketika ayahnya yang berusia 43 tahun mengacu batang buluh ke arah lehernya dipercayai dengan niat untuk membunuhnya.
Mangsa turut dipukul oleh ayahnya menyebabkan dia mengalami kecederaan di tengkuk dan telinga kanannya.
Ibu dan adik lelaki mangsa yang berusia dua tahun dijumpai terbaring tidak bernyawa di tepi tilam sementara adik perempuannya, 14, terbaring di atas tilam.
Soon Thai berjaya menyelamatkan diri setelah bertindak melompat dari tingkat atas rumah menerusi balkoni sambil dikejar oleh ayahnya.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh jiran yang tinggal bertentangan rumah mereka yang kemudiannya mengunci pintu pagar setelah dimaklumkan mengenai kejadian pembunuhan itu.
Jiran mangsa turut menghubungi pihak polis untuk menahan suspek.
Selepas 10 minit berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka, suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail yang mengesahkan kejadian itu mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Suspek yang merupakan kontraktor membersihkan ladang kelapa sawit telah membawa ahli keluarganya keluar makan malam pada malam sebelum kejadian.
Sekembalinya ke rumah, suspek dipercayai memaksa ahli keluarganya ke dalam sebuah bilik sebelum memberi pil yang dipercayai pil tidur bagi membuatkan mereka tertidur.
“Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek cuba memberi pil sebelum melakukan pembunuhan. Polis juga menyiasat sama ada suspek membunuh ahli keluarga di bilik dipenuhi gas beracun,” ujar Shafie.
Polis telah mengenal pasti mangsa sebagai Ling Yung Ming, 40, anak perempuannya Christine Tiang Soon Ai, 14, dan anak lelakinya Victor Tiang Soon Heng, 2.
Ling Yung Ming merupakan kakak kepada Ling Ting Hock yang dibunuh bersama tiga lagi ahli keluarganya oleh seorang remaja berusia 17 tahun di kediaman mereka di Jalan RTM pada 3 Januari 2012. – Borneo Post
Selasa, 25 Februari 2014
Gadis trauma lelaki buka zip seluar
myMetro
ARAU: Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai runcit 24 jam, trauma selepas mendakwa diserang secara seksual oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menunjukkan kemaluannya dalam kedai berkenaan di Jejawi, dekat sini, kelmarin.Selepas mengambil beberapa barangan dan membayarnya di kaunter, suspek yang berusia 30-an membuka zip seluarnya sebelum menunjukkan kemaluannya kepada gadis berkenaan.
Sumber berkata, mangsa berusia 20-an berkenaan yang bekerja seorang diri terkejut dengan tindakan lelaki terbabit lalu menjerit.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, selepas kejadian itu, suspek beredar dari kedai sambil tersenyum.
“Aksi suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan wajah suspek dicam mangsa,” katanya.
Selasa, 11 Februari 2014
Tiga lelaki berpisau parang samun kedai serbaneka
KEMAMAN - Sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging dan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Geliga di sini awal hari ini.
Ketiga-tiga lelaki bertopeng itu memasuki kedai berkenaan pada pukul 3.45 pagi ketika dua pekerja, seorang lelaki dan seorang wanita, berada berhampiran kaunter kedai itu.
"Suspek mengacukan parang dan pisau pada leher mangsa dan meminta pekerja kedai itu memasukkan wang lebih RM2,000 dan rokok ke dalam beg sandang yang dibawa mereka," kata Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kumpulan lelaki terbabit turut mengambil sebuah mesin wang dan telefon bimbit sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan, dipercayai jenis Honda CRV.
Che Suza berkata berdasarkan loghat yang digunakan kumpulan lelaki terbabit, polis percaya mereka adalah penduduk tempatan dan berdasarkan keterangan dua pekerja kedai serbaneka itu, polis menganggarkan ketiga-tiga mereka berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun.
Beliau berkata polis kini melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga lelaki terbabit dan akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai sebaneka itu. - Bernama
Rabu, 01 Januari 2014
Lelaki Nigeria Meninggal Kerana Diperkosa 6 isterinya sekaligus
02 Mei 2013 catatan idahsalam
(Foto: Tumblr)
OGBADIBO – Ramai lelaki yang ingin melakukan poligami. Namun lelaki Nigeria ini mungkin menyesali keputusannya untuk memiliki enam isteri.
Pengusaha bernama Uruko Onoja meninggal setelah dipaksa berhubungan badan oleh keenam isterinya. Dia menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang melayani isterinya yang kelima.
Mulanya Onoja terkejut ketika dia datang ke rumah isterinya yang termuda di Kota Ogbadibo, Nigeria. Kerana semua isterinya ternyata sudah menunggu Onoja di sana.
Keenam isterinya itu memaksa Onoja untuk memuaskan mereka. Mereka bahkan mengeluarkan senjata tajam untuk mengancam lelaki itu.
“Mereka membawa pisau dan tongkat untuk memaksa sang suami melayani mereka sekaligus,” tulis suratkabar Daily News seperti dikutip Huffington Post, Selasa (1/5/2013).
Polis datang ke lokasi kejadian setelah menerima laporan dari ketua kampung. Mereka kini mengejar para isteri Onoja yang melarikan diri ke hutan setelah menyedari suami mereka meninggal di ranjang.okezone.com
Rahsia air mata pengapit lelaki
Kuala Lumpur: Percintaan lebih 10 tahun seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri dengan perkahwinan bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri sebelum dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak awal tahun lalu.
Dia kini seolah-olah digantung tidak bertali apabila hanya dapat berkomunikasi dengan suami melalui SMS yang ada ketikanya mengambil masa beberapa hari untuk dijawab.
Rozita, 30-an, eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua tahun lalu berakhir begini sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.
“Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia, saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis.

ROZITA menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
“Semuanya bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan meminta saya menjaga suami dengan baik.
Lelaki Britain Mencuri 334 Kali

LONDON – Seorang lelaki Britain digelar ‘juara’ mencuri kerana ditahan buat kali ke-334 selepas didapati keluar daripada sebuah pasar raya tanpa membayar terlebih dulu.
Robert Knowles, 66, secara puratanya dihadapkan ke mahkamah tiga kali setahun sejak 1959.
“Dia gembira berada di penjara kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar. Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap” Alan Harris, Peguam bela
Knowles melanggar undang-undang begitu kerap hingga pendakwa raya tidak ingat keseluruhan kesalahannya.
Hakim diberitahu, Knowles melakukan kesalahan supaya dihantar semula ke penjara. Penangkapan terbarunya membawa kepada kesalahan kali ke-200 kerana mencuri.
Knowles mula mencuri sejak usia 13 tahun dan ditahan Rabu lalu kerana mencuri dua kotak cokelat dari pasar raya Thorntons, Plymouth.
Seorang pengawal keselamatan melepaskannya tetapi memberi amaran selepas mendapati Knowles makan cokelat itu yang berharga £13 (RM65).
Selepas itu, Knowles memasuki satu lagi pasaraya dekat situ dan membawa keluarga makanan berharga £26 (RM130) menyebabkan pekerjanya menghubungi polis.
Pada 2011, Knowles mengaku mencuri dua botol wiski, beberapa jam tangan dan stokin berharga £279 (RM1,395) daripada sebuah lagi pasar raya.
“Dia gembira berada di penjara tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar.
“Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap,” kata peguam bela, Alan Harris.
Pihak berkuasa perundangan juga tidak mempunyai semua rekod kesalahannya kerana agensi pendakwaan hanya ditubuhkan pada 1986.
Knowles yang tidak berumah mula dihantar ke pusat pemulihan pada usia 13 tahun dan terus-terusan mencuri serta masuk mahkamah 186 kali atau sekali setiap tahun sejak 1959.
Hakim Nadine Fletcher menghukum penjara Knowles selama dua bulan selepas dia mengaku salah.
Orang lain yang ada rekod lebih teruk daripada Knowles ialah Harry Hankinson, 64, yang menyalahkan 501 jenayahnya berpunca daripada pukulan di kepalanya pada 1970 yang dikatakan mengubah personalitinya. – AGENSI
Kamis, 26 Desember 2013
Lelaki Tembak Sami Kerana Cemburu
Chiang Rai – Seorang lelaki ditahan dan didakwa kerana menembak seorang sami gara-gara cemburu apabila bekas isterinya sering mengunjungi kuil, kata polis Chiang Rai semalam.
Polis berkata, mereka menerima laporan bahawa pembantu sami di kuil Wat Ton Fan, Phra Chalermchon Suwanno ditembak di tubuhnya dan kaki kiri. Dia yang dalam keadaan kritikal dibawa ke Hospital Kasemrad Sriburin.
Seorang sami di kuil itu, Phra Choketawee Siripanyo memberitahu polis bahawa dia terdengar bunyi tembakan dari arah bilik pembantu sami itu. Phra Choketawee berkata, sejurus kemudian dia ternampak seorang lelaki berlari keluar dari bilik mangsa.
Sebelum lelaki terbabit beredar dengan trak pikap, dia memberitahunya bahawa tiada apa perlu dibimbangkan kerana Phra Chalermchon sedang menguji sesuatu.
Polis kemudian menahan lelaki terbabit yang tinggal hanya dua kilometer dari kuil berkenaan. Dia dalam keadaan mabuk ketika ditahan. Lelaki itu dikenali sebagai Prason Subinchompoo, 40.
Berdasarkan keterangan Prason, dia dan isterinya berpisah selepas dia kembali daripada bekerja di Taiwan selama tujuh tahun.
Menurutnya bekas isterinya sering mengunjungi kuil itu untuk bertemu dengan pembantu sami terbabit bagi menilik nasib.
“Saya sangat cemburu, jadi, saya minum arak untuk melegakan sakit hati. Kemudian saya memutuskan untuk melawat pembantu sami itu dan menembaknya,” katanya kepada polis. – Bangkok Post
Minggu, 22 Desember 2013
Dua lelaki dicari
4 Jul 2013

kosmo.com.my/
Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my
farhana.mydin@kosmo.com.my
Kiri SUSPEK 1, SUSPEK 2
KUALA LUMPUR – Polis semalam mengedar lakaran fotofit dua daripada empat lelaki yang disyaki memecah masuk kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabestari, Bukit Damansara di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya turut mengenal pasti tiga kumpulan termasuk suspek warga Colombia yang dipercayai aktif melakukan jenayah di kawasan itu.
“Usaha memburu suspek terlibat sedang giat dijalankan dan lakaran fotofit ini diharap dapat mempercepatkan usaha tersebut,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
kosmo.com.my/
Langganan:
Postingan (Atom)