Tampilkan postingan dengan label cemburu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cemburu. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

Suami Cemburu Pukul Isteri Sampai Mati

TRIBUNNEWS.COM, SYDNEY - Seorang lelaki Sri Lanka berusia 51 tahun dihukum 17 tahun penjara, kerana menghentam isterinya dengan palu sampai mati, di Australia.
Dalam perbicaraan terungkap, perkahwinan pasangan suami isteri asal Sri Lanka selalu dilanda prahara, sejak mereka pindah ke Australia pada 2005 silam.

Seperti dikutip Tribunnews.com dari Emirates247.com, Jumaat (7/6/2013), kekerasan dalam rumah tangga pasangan itu memuncak, setelah sang isteri ketahuan berselingkuh dengan rakan kerjanya pada 2010.

Tahu isterinya selingkuh, suaminya, lantas menyewa detektif swasta untuk memata-matai sang isteri. Meskipun sang isteri mengakhiri perselingkuhannya, Silva tetap memaksa isterinya berhenti dari pekerjaan. Toh, api cemburu Silva tak kunjung padam.

Pada perbicaraan bulan lalu terungkap, Silva telah membeli palu berat sehari sebelum pembunuhan, yang dia klaim untuk membuat pot tanaman.     Silva menangis ketika Hakim Agung Australia Barat Lindy Jenkins menjatuhkan hukuman 17 tahun penjara. Silva beruntung, kerana dia masih memiliki cinta dan dukungan dari kedua puterinya, yang menulis surat ke mahkamah untuk mendukung ayah mereka. (*)
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Bogel Jiran Angkara Cemburu Buta

h

Kuala Lumpur – Akibat cemburu buta, seorang wanita membelasah dan membogelkan seorang janda anak satu yang juga jirannya atas dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan suaminya dalam kejadian di rumah majikan mangsa di Jinjang, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dan bekerja sebagai pembantu rumah didatangi seorang wanita yang juga jirannya sebelum menarik keluar mangsa dari rumah majikan itu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia yang terkejut dengan kunjungan tidak disangka jirannya itu tidak dapat melawan berikutan tindakan agresif wanita itu.
Menurutnya, dia turut dibelasah dengan penyapu dan batang paip di kepala sambil wanita itu terus mendakwanya menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
“Tidak cukup dengan itu, saya dibogelkan di hadapan anak dengan menarik baju dan seluar saya bertujuan memeriksa sama ada ada tanda saya pernah mengadakan hubungan kelamin,” katanya.
“Saya malu diperlakukan begitu dan cuba melawan namun wanita itu menjadi lebih agresif apabila menumbuk hidung malah meletakkan pisau di leher sebelum memaksa mengaku pernah menjalin hubungan sulit dengan suaminya,” katanya.
Menurutnya, meskipun dia menyatakan tidak pernah menjalin hubungan mesra mahupun sulit dengan suami wanita itu, dia tidak dilepaskan begitu saja dan akhirnya dia mengajak wanita itu ke balai polis untuk menyelesaikan perkara itu. – HARIAN METRO
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Lelaki Tembak Sami Kerana Cemburu

Phra Chalermchon Suwanno


Chiang Rai – Seorang lelaki ditahan dan didakwa kerana menembak seorang sami gara-gara cemburu apabila bekas isterinya sering mengunjungi kuil, kata polis Chiang Rai semalam.
Polis berkata, mereka menerima laporan bahawa pembantu sami di kuil Wat Ton Fan, Phra Chalermchon Suwanno ditembak di tubuhnya dan kaki kiri. Dia yang dalam keadaan kritikal dibawa ke Hospital Kasemrad Sriburin.
Seorang sami di kuil itu, Phra Choketawee Siripanyo memberitahu polis bahawa dia terdengar bunyi tembakan dari arah bilik pembantu sami itu. Phra Choketawee berkata, sejurus kemudian dia ternampak seorang lelaki berlari keluar dari bilik mangsa.
Sebelum lelaki terbabit beredar dengan trak pikap, dia memberitahunya bahawa tiada apa perlu dibimbangkan kerana Phra Chalermchon sedang menguji sesuatu.
Polis kemudian menahan lelaki terbabit yang tinggal hanya dua kilometer dari kuil berkenaan. Dia dalam keadaan mabuk ketika ditahan. Lelaki itu dikenali sebagai Prason Subinchompoo, 40.
Berdasarkan keterangan Prason, dia dan isterinya berpisah selepas dia kembali daripada bekerja di Taiwan selama tujuh tahun.
Menurutnya bekas isterinya sering mengunjungi kuil itu untuk bertemu dengan pembantu sami terbabit bagi menilik nasib.
“Saya sangat cemburu, jadi, saya minum arak untuk melegakan sakit hati. Kemudian saya memutuskan untuk melawat pembantu sami itu dan menembaknya,” katanya kepada polis. – Bangkok Post
Read More..