Rabu, 05 Februari 2014

Ceroboh Gereja Untuk Tonton Filem Lucah


Ceroboh Gereja Untuk Tonton Filem Lucah
Ceroboh Gereja Untuk Tonton Filem Lucah - IOWA : Tuduhan pecah rumah tahap kedua dikenakan ke atas seorang lelaki Ames selepas dia didakwa menceroboh sebuah gereja dan menggunakan peralatan di situ menonton filem lucah.
Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 55 tahun itu memecah masuk Gereja First Christian pada Khamis.
Selepas mengumpul pelbagai peralatan di sekitar bangunan itu, suspek menghabiskan malamnya di tingkat bawah gereja berkenaan.
Apabila polis tiba di situ, lelaki terbabit didapati cuba menyembunyikan tin berisi makanan, peralatan dapur, kain, alat elektronik dan televisyen skrin rata 26 inci.
“Peralatan elektronik itu digunakan suspek untuk menonton filem lucah.
“Polis menemui bahan lucah berkenaan bersamanya ketika dia ditahan,” katanya. – paapaada.blogspot
Read More..

Selasa, 04 Februari 2014

Dr M kata orang Melayu sudah meluat dengan Umno

Lepas PRU baru Dr M dedah wajah sebenar Umno

Harakahdaily, 04 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Aliran Sesat Penyembah Google

"Apakah Google Tuhan?"

Saat ini telah ditemukan ajaran baru bernama Googlism. Ajaran ini membuktikan bahwa Google adalah Tuhan, sebagaimana kenyataan-kenyataan berikut ini:

1. Google adalah sesuatu yang paling mendekati pada Maha Tahu.

2. Google ada dimana-mana dalam satu waktu.

3. Google menjawab penyembahnya (yang melakukan googling).

4. Google akan tidak akan pernah mati.

5. Google tidak terbatas dan terus tumbuh selamanya.

6. Google mengingat segalanya.

7. Google tidak melakukan kejahatan.

8. Google dicari lebih banyak daripada seluruh nama-nama Tuhan digabungkan.

9. Bukti keberadaan Google sangat banyak.

 
Entah ini sungguhan atau cuma main-main. Tapi “Tuhan Google” ditentukan bergender perempuan (Her). Mereka juga melakukan doa dengan cara menyanyikan lagu. Ini contohnya:

By Texas Schultz

Hail Google, full of hits.
Our searches are with thee.
Blessed art thou amongst search engines,
and blessed is the fruit of thy servers.

Holy Google, Mother of Searches.
pray for us sinners,
now and at the hour of our disk crash.
Amen.

Anda bisa cek di website resminya: http://www.thechurchofgoogle.org
Read More..

5 Sungai Terbersih di Dunia

Sungai merupakan aliran air alami, biasanya nih airnya air tawar yang mengalir menuju laut, danau maupun sungai-sungai lain boi. Sungai bertujuan untuk menghidupi seluruh makhluk hidup di bumi. Maka dari itu untuk mendapat manfaat dari sungai kita perlu suatu sungai yang bersih.
 
Berikut ini adalah Lima Sungai Paling bersih Dunia :


Sungai Li Sungai Terbersih Ke-5 dari Guang Xi(China)

Sungai Li berasal dari Pegunungan Maoer di Xingan County dan mengalir ke arah selatan melalui Guilin, Yangshuo dan Pingle. Ketika di Pingle Sungai Li menyatu dengan dua aliran lain, dan terus menuju selatan Sungai Gui, yang jatuh ke dalam Jiang Xi, anak sungai barat yaitu Sungai Pearl, di Wuzhou. Pada 437 kilometer dari Sungai Li dan sungai Gui diapit oleh perbukitan hijau nan indah. Pemancing Cormorant sering dikaitkan dengan Lijiang. Topografi bukit karst yang tidak biasa telah sering dibandingkan dengan yang di Teluk Halong, Vietnam.


Sungai Torne Sungai Terbersih Ke-4 dari utara Swedia dan Finlandia
Sungai Torne terletak di bagian utara Swedia dan Finlandia. Sekitar setengah dari sungai ini merupakan bagian dari perbatasan antara kedua negara. Sungai ini dialiri oleh Danau Torne dekat perbatasan dengan Norwegia dan mengalir umumnya ke arah tenggara untuk jarak 522 kilometer (324 mil) ke Teluk Bothnia.
Sungai ini merupakan sungai terbesar di Norrbotten (Swedia Utara) baik panjangnya sungai maupun wilayah aliran sungai dan juga salah satu sungai terbersih di dunia. Sumber dari Sungai Torne yaitu Danau Torne dekat perbatasan dengan Norwegia.Sungai Torne mengalir tanpa hambatan oleh konsentrasi kegiatan penduduk manusia sampai desa Kurravaara, sekitar 12 kilometer (7 mil) timur laut dari Kiruna.

Sungai St. Croix Sungai Terbersih ke-3 dari AS
The St Croix River adalah anak sungai dari Sungai Mississippi, panjangnya sekitar 164 mil atau 264 km, Sungai ini terletak di negara bagian AS bagian Wisconsin dan Minnesota.Di jarak 125 mil kebawah(201 km) sungai ini terbentuk perbatasan antara Wisconsin dan Minnesota. Sungai ini adalah Riverway Scenic Nasional di bawah perlindungan National Park Service. Sebuah pembangkit listrik tenaga air di St Croix Falls memasok listrik ke Minneapolis-St. Paulus metropolitan area. The St Croix Sungai terbit di sudut barat laut Wisconsin, dari Hulu St Danau di Douglas County, dekat Solon Springs, sekitar 20 mil (32 km) selatan Danau Superior. Mengalir ke selatan untuk Gordon, kemudian barat daya. Dan bergabung dengan Sungai Namekagon di utara Burnett County, di mana ia menjadi lebih luas secara signifikan. Beberapa kilometer di hilir Croix St memenuhi perbatasan antara Minnesota dan Wisconsin, yang membatasi sekitar 130 mil (210 km) sampai pertemuan dengan Sungai Mississippi.

Sungai Tara Sungai Terbersih Ke-2
Sungai Tara terkenal akan kebersihan airnya. Tara adalah sungai yang terletak di Montenegro, Bosnia dan Herzegovina. Sungai ini muncul dari pertemuan dua sungai yaitu Sungai Opasnica dan Veruša di Gunun Prokletije, bagian dari Pegunungan Alpen Montenegro. Sungai ini panjangnya 144 km, yang berada 110 km di Montenegro, sementara 34 km sisanya adalah Bosnia dan Herzegovia, dan membentuk pertbatasan antara kedua negara di beberapa tempat. Sungai Tara mengalir dari selatan ke utara, lalu utara ke barat dan menyatu dengan Piva di Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro perbatasan antara desa Šćepan Polje (Montenegro) dan Hum (Bosnia dan Herzegovina) untuk membentuk sungai Drina.

DAN SUNGAI TERBERSIH Ke-1:
Sungai Thames dari Inggris
Sungai Thames adalah sungai terbersih di dunia yang mengalir melalui sebuah kota besar. Ini adalah prestasi besar mengingat 50 tahun yang lalu sungai itu begitu tercemar yang dinyatakan mati secara biologis. Dari tahun 1830-1860 puluhan ribu orang meninggal karena kolera akibat polusi di Sungai Thames. Limbah ini dibuang langsung ke Sungai Thames. Diputuskan bahwa tanaman Pengobatan harus dibangun untuk membersihkan air dari Thames sebelum dipompa ke rumah. Tanaman pengobatan juga dibersihkan dari air kotor setiap rumah sebelum kembali ke Sungai Thames. Tidak hanya kesehatan masyarakat yang membaik, tetapi juga air di Sungai Thames menjadi lebih bersih. Pada tahun 1960 undang-undang baru dibuat untuk menghentikan pabrik membiarkan air kotor / limbah mereka pergi ke sungai. Saat ini lebih dari setengah dari lumpur limbah London dijual dalam bentuk pelet sebagai pupuk untuk pertanian.
sumber
Read More..

Minggu, 02 Februari 2014

Isu surau Ketua sami Buddha mohon maaf


KUALA LUMPUR - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
   
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.  
   
"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual. 
   
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.
   
Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - Bernama

Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

Kudeta Mesir cuba padam bukti kekejaman

Harakahdaily, 16 Ogs 2013

 
(Jenazah yang sempat diselamatkan dari dibakar dan ditempatkan di Masjid Al_Iman)

MESIR: Kerajaan kudeta Mesir yang dikuasai tentera dilaporkan sedaya upaya cuba memadamkan kekajaman mereka yang telah membunuh ribuan penyokong legitimasi di beberapa kawasan di Kaherah khususnya di Medan Rabaah Adawiyah, semalam.

Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.

Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Rabaah semalam selepas menembak mereka.

(Keadaan Masjid Rabaah selepas dibakar oleh pihak tentera)

Pecubaan kedua, mereka membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Rabaah semalam.

Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.

Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram Abid.

Percubaan ketiga pula, pihak keselamatan didakwa enggan mengeluarkan surat kelulusan untuk pengebumian tersebut, dan diubah sebab kematian adalah kerana bunuh diri.

Percubaan keempat, para petugas perubatan di Pusat Nasr diarah mengeluarkan laporan perubatan palsu terhadap mangsa korban di Rabaah.

Pengerusi Kesatuan Farmasi wilayah Qalyubiyah mendedahkan para petugas perubatan di Pusat Nasr ditekan oleh pihak berkuasa agar merekodkan punca kematian penyokong Morsi itu akibat seksaan dalam tahanan, bukan ditembak ketika serangan polis di Rabaah.

Tekanan ini diberikan oleh pihak berkuasa melalui Kementerian Kesihatan kepada anggota keluarga mangsa korban yang ingin menuntut mayat keluarga masing-masing. Sebagai contoh, Rumah Mayat "Zenhom" enggan membenarkan mayat mangsa dikeluarkan sehingga keluarga mangsa menandatangani surat akuan bahawa mangsa mati akibat membunuh diri.

Percubaan kelima, pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman -masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi - bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.

Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di Masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.


(Anggota keluarga meneliti senarai nama mereka yang terkorban)

Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.

Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Rabaah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.

Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Rabaah dan Nahdhah.

Di pihak kerajaan kudeta pula, mereka hanya menyebut jumlah kematian hanya ratusan, malah tidak lebih dari 1000 orang.

Mereka pula lebih membesarkan kes beberapa orang polis terkorban dalam inseden semalam.
Read More..

Hamilton Terpantas Di Korea Kimi Terbabas


YEONGHAM – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mencatat masa terpantas pada latihan bebas Grand Prix Korea hari ini sambil pemandu Finland, Kimi Raikkonen terselamat selepas terbabas pada penghujung sesi.

Hamilton yang memulakan musim ini bersama Mercedes dan belum meraih kejayaan terbaik selepas keputusan mengecewakan pada dua perlumbaan mencatat masa 1 minit 39.630 saat.

Catatan Hamilton hanya 0.037 saat di hadapan pendahulu mata, Sebastian Vettel dan 0.186 saat mengatasi rakan sepasukan Vettel, Mark Webber.

Sementara itu, pemandu Lotus, Raikkonen keempat dalam senarai kedudukan mata mencatat masa kelapan terpantas tetapi terbabas pada penghujung sesi apabila merempuh dinding litar. – AFP
Read More..