Tampilkan postingan dengan label kimi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kimi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Februari 2014

Hamilton Terpantas Di Korea Kimi Terbabas


YEONGHAM – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mencatat masa terpantas pada latihan bebas Grand Prix Korea hari ini sambil pemandu Finland, Kimi Raikkonen terselamat selepas terbabas pada penghujung sesi.

Hamilton yang memulakan musim ini bersama Mercedes dan belum meraih kejayaan terbaik selepas keputusan mengecewakan pada dua perlumbaan mencatat masa 1 minit 39.630 saat.

Catatan Hamilton hanya 0.037 saat di hadapan pendahulu mata, Sebastian Vettel dan 0.186 saat mengatasi rakan sepasukan Vettel, Mark Webber.

Sementara itu, pemandu Lotus, Raikkonen keempat dalam senarai kedudukan mata mencatat masa kelapan terpantas tetapi terbabas pada penghujung sesi apabila merempuh dinding litar. – AFP
Read More..