Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label video. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Video Tahfiz Muda Yang Lucu Dan Pintar

Adi (3 tahun) :QS At-Takwir (Lucu takjub dan mengharukan)

PASTI sejuk perut ibu yang melahirkan seorang anak kecil, Muhtadi Ahmad atau dikenali sebagai Adi. Pada usia baru 3 tahun, Adi sudah mampu menghafaz surah al-Quran yang panjang seperti At-Takwir dan At-Tariq.
Ketika muncul di program Hafidz Indonesia yang bersiaran di rangkaian RCTI pada 17 Julai lalu, Adi mengagumkan ramai penonton dengan kebolehannya menghafaz dan menyambung surah al-Quran secara spontan walaupun dengan sebutan pelat.
Meskipun begitu sesuai dengan usia, pada masa sama Adi masih berkelakuan selayaknya seperti kanak-kanak berusia 3 tahun lalu sering mencetuskan ketawa penonton dengan telatahnya.
Sebagai orang dewasa yang entah-entah surah 3 Qul pun tak lepas, sewajarnya kita berasa malu pada anak kecil ini!
Oleh: REM RAMZI
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

VIDEO Insiden Kekecohan Shah Jaszle Dan Pasangannya Yang Ditangkap Khalwat!

Video

Sebelum ini, menerusi laporan dari pelbagai media tempatan mengatakan pelakon Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle telah menyerang pasangan khalwatnya yang dikenali sebagai Farrah Salleh di tempat kerja wanita tersebut yang terletak di Bangsar, baru-baru ini.
Kali ini Mynewshub mahu berkongsi video rakaman daripada rancangan hiburan Galaksi yang menyaksikan pertemuan di antara aktor itu yang ditemani ibunya, Zaleha dengan Farrah yang turut ditemani oleh abang kandungnya.
Menerusi video berdurasi enam minit itu, nampaknya kedua-dua pihak cuba untuk menegakkan hujah masing-masing berhubung kemelut yang melanda diri mereka sehingga menyebabkan nama keluarga turut terseret sama dalam permasalahan itu.
Untuk makluman, kes khalwat mereka akan dibicarakan pada 12 November depan.
Oleh:  AUDREY LEE
Read More..