Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rumah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Satu hari cuti setiap minggu bagi pembantu rumah

SELASA, 6 MAC 2012



SINGAPURA - PEMERINTAH akan mewajibkan semua majikan memberi satu hari cuti setiap minggu kepada pembantu rumah masing-masing, bagi membolehkan mereka berehat daripada tugas harian.

Peraturan baru yang bakal dijadikan undang-undang itu berkuat kuasa bagi majikan pembantu rumah yang memiliki permit pekerjaan yang dikeluarkan atau diperbaharui mulai 1 Januari 2013.

Ini bermakna, pembantu rumah kini tidak terjejas dengan peraturan tersebut, kecuali apabila mereka memperbarui permit kerja masing-masing mulai 1 Januari 2013.

Mengumumkan rancangan itu semasa bahas belanjawan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Tan Chuan-Jin, berkata peraturan itu membolehkan para pembantu rumah menikmati masa rehat yang amat diperlukan, dan menjadikan Singapura destinasi lebih menarik bagi para pembantu rumah warga asing datang bekerja.

Para aktivis telah lama menggesa agar cuti satu hari itu diwajibkan demi kebajikan golongan pembantu rumah warga asing, namun para majikan bimbang langkah sedemikian akan menjejas keperluan keluarga.

Para majikan ini mungkin mempunyai warga tua atau anggota keluarga yang cacat yang memerlukan jagaan. Kami juga faham beberapa pembantu rumah lebih gemar bekerja pada hari rehat mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan, kata Encik Tan.

Bagi menangani isu tersebut, Encik Tan memberi jaminan akan terdapat kelonggaran dalam peraturan baru itu, selagi ia dipersetujui kededua pihak.

Antaranya, majikan dan pembantu rumah akan diberi pilihan untuk memberi pampasan satu hari, dengan persetujuan dibuat antara kededuanya secara bertulis.

Para majikan juga boleh memanfaatkan geran pembantu rumah $120 sebulan yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Geran itu tidak termasuk konsesi levi sebanyak $95 yang kini dinikmati majikan yang mempunyai anggota keluarga berusia lebih 65 tahun, anak kecil di bawah 12 tahun atau anggota keluarga yang cacat.

Majikan dan pembantu rumah juga harus sama-sama bersetuju tentang jumlah hari cuti sebulan dan jumlah pampasan yang dibayar sekiranya mereka bekerja pada hari cuti itu.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Suami sertai UMNO dihalau keluar rumah




INILAH rumah yang dihuni Esah sejak kecil sebelum dia dan keluarganya dihalau gara-gara berbeza fahaman politik di Bachok semalam.





BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya, 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
Read More..