Tampilkan postingan dengan label ozil. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ozil. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Ozil Seronok Tinggal Di Kota London

Nampaknya pelaburan besar yang dibuat oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger dengan membeli bintang bola sepak Jerman, Mezut Ozil ternyata tidak sia-sia dan membuahkan hasil .
Ini kerana sejak bermulanya musim terbaharu Liga Perdana Inggeris, kelab di bawah kendaliannya itu semakin rancak mendaki tangga teratas liga buat masa ini.
Ozil yang merupakan bekas bintang Real Madrid, menyertai The Gunners dengan nilai perpindahan sebanyak £43 juta (RM218,340,552).
Pemain antarabangsa Jerman itu ketika ini dalam persiapan menyertai kelayakan Piala Dunia menentang pasukan Ireland malam ini.
Ketika ditanya media Jerman mengenai kehidupannya di sana, Ozil menyatakan seronok tinggal dan menetap di kota metropolitan London.
“Memandu di sebelah kiri, saya ingatkan ianya adalah sukar tapi Per Mertesacker mengajar saya cara-cara memandu, jadi saya dah biasa dengan keadaan itu.
“London adalah sebuah bandar yang menarik untuk didiami. Dalam masa singkat, saya sudah jatuh cinta dengan tempat ini,” katanya.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Postingan (Atom)