Tampilkan postingan dengan label naik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label naik. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Kibar Jalur Gemilang Naik Kereta Lembu Berhias


GEORGETOWN - Warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna hari ini mencipta keunikan tersendiri apabila mengibar Jalur Gemilang dengan menaiki sebuah kereta lembu berhias di perkarangan sekolah mereka di Jalan Scotland, di sini.
    
Perarakan berwarna-warni itu disertai 325 murid dan 27 guru yang memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di negara ini sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat.
    
Guru Besar sekolah, K.Puvaneshwari berkata program itu tinjauan cetusan idea guru sekolah berkenaan untuk menzahirkan semangat patriotik terhadap negara sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang bakal disambut esok.
    
"Tahun ini kami cuba membuat kelainan untuk menerap rasa cinta warga sekolah terhadap negara sekali gus mencipta memori berharga buat kami," katanya kepada RTM dan Bernama.
    
Beliau berkata dalam program itu warga sekolah berkenaan turut mengecap tapak tangan pada kain rentang sepanjang lebih 100 meter sebagai simbolik perpaduan yang kemudiannya digantung di sekitar pagar sekolah.
    
Dalam ucapan ringkasnya Puvaneshwari menggesa warga sekolah menghargai nikmat kemerdekaan dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankannya serta sentiasa berusaha memberi sumbangan bermakna kepada negara.
    
Beliau turut mengingatkan murid sekolah berkenaan supaya sentiasa mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian dan tidak jemu menuntut ilmu sebagai bekalan hidup masa depan. - BERNAMA
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

Kewangan S’ngor membanggakan pelaburan naik RM1 55 bilion

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 18 Oktober: Prestasi kewangan Selangor membanggakan apabila tinjauan wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan prestasi itu yang diyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Kenaikan pelaburan pada tahun lalu sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM928,61 juta.
“Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun kelima berturut-turut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam semalam.
Mengikut LKAN, Khalid berkata, Selangor turut mencatatkan kejayaan dalam beberapa aspek.

“Ia meliputi peningkatan tinjauan sebanyak RM62.5 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011.
“Kumpulan wang disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada 2010,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan negeri turut menerima pujian dari segi peningkatan tinjauan wang simpanan.
“Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, tinjauan pelaburan dan pengurusan kewangan.
“Sembilan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. Pembayaran hutang awam sangat baik. Projek pembangunan juga sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Read More..