Tampilkan postingan dengan label gempa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gempa. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Gempa Bumi Bermagnitud 7 3 Gegar Jepun



TOKYO – Gempa bumi bermagnitud 7.3 mengegarkan pantai timur Jepun sehingga mencetuskan tsunami kecil, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kerosakan, demikian menurut Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), sebentar tadi.

Agensi Meteorologikal Jepun berkata kejadian terbabit adalah gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 9.0 sebelumnya sehingga tercetusnya tsunami pada 2011 yang mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk masalah yang melanda loji janakuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi.

Dalam kejadian hari ini, tsunami setinggi 40 sentimeter dilaporkan di sepanjang empat kawasan pesisir pantai negara itu.

Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan ditarik balik kurang daripada dua jam selepas gempa bumi terbabit dikesan. – AP
Read More..

Titik gempa hampiri Malaysia






KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Read More..