Tampilkan postingan dengan label 17. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 17. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Maret 2014
Bas Jatuh Lereng Bukit 17 Nyaris Maut
Bas Jatuh Lereng Bukit, 17 Nyaris Maut | 17 orang penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki itu terjunam ke lereng bukit sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di Slim River, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.
Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.
Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.
“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.
“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil. Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera. Namun begitu, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.
“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.
“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya. sumber
Rabu, 01 Januari 2014
PRU13 KPRU gesa DSNajib terima pelawaan DSAnwar debat 17 April ini !!! Ada Berani

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri di bawah kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, untuk perdebatan awam dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto parti politik masing-masing.
Bagi menggalakkan budaya sihat berdebat, KPRU menggesa stesen radio utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung perdebatan tersebut, supaya rakyat seluruh negara diberikan peluang untuk menonton perdebatan tersebut secara langsung.
Perdebatan manifesto itu dijadualkan untuk berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina pada 17 April (Rabu) ini.
KPRU mengalu-alukan cadangan BERSIH 2.0 mengadakan perdebatan antara Najib dan Anwar. Menurut KPRU, perdebatan awam merupakan suatu budaya politik dan pilihan raya yang sihat. Banyak negara yang mengamalkan semangat demokrasi akan mengadakan perdebatan antara calon-calon sebelum pilihan raya, seperti perdebatan antara calon presiden di Amerika Syarikat, perdebatan antara calon presiden di Taiwan, perdebatan antara calon Ketua Eksekutif Hong Kong dan sebagainya. Calon-calon yang menyertai debat diberi platform politik untuk berkomunikasi dengan orang ramai, dipersoalkan oleh orang awam dan serta membincangkan idea lawan.
KPRU berpendapat, walaupun perdebatan ini dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan, namun, RTM wajar menyiarkan siaran langsung bagi semua orang mempunyai peluang untuk menonton debat ini tanpa penapisan.
Semenjak Radio Televisyen Malaysia RTM1, RTM2 dan TV3 menyiarkan manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) secara langsung dan lengkap, RTM dan stesen komersial lain, Natseven (NTV7) dan Astro wajar memberi ruangan siaran bagi perdebatan awam antara Anwar dan Najib untuk mematuhi “Ikrar Integriti Pilihan Raya” yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN, Najib yang komited untuk mempromosi pilihan raya yang adil dan bersih.
KPRU menegaskan bahawa ini bukan kali pertama bagi cadangan perdebatan antara Anwar dan Najib. Anwar sendiri telah banyak kali menjemput Najib berdebat mengenai isu-isu ekonomi negara. Namun, menurut Najib perdebatan bukan suatu budaya kita, beliau gunakan alasan ini untuk mengelak diri daripada berdepan dengan Anwar.
Menurut KPRU, dari hari pertama Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga ke hari ini, beliau kelihatan teragak-agak dan lemah ketika menghadapi isu-isu utama. Jika Najib mempunyai keberanian untuk menerima jemputan perdebatan ini, mungkin dia dapat mencuci dirinya dari imej negatif itu
Langganan:
Postingan (Atom)